PROMOSI APE HARI NI.

Tuesday, February 24, 2009

Ajar Anak Membaca Awal 14

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan

10. Menamakan Objek Dalam Buku Bergambar

Saya mulakan membaca buku bergambar tanpa teks(picture books) apabila bayi saya berumur 3 bulan untuk 2, 3 minit s
ahaja. Saya akan pangku bayi di riba sambil membacakan kepadanya. Saya suka buku bergambar binatang kerana saya dapat mengajuk bunyi-bunyi binatang dan ini menggembirakan bayi saya.

Pastikan ada satu gambar sahaja pada setiap muka surat. Tunjukkan gambar dengan jari dan gunakan pelbagai intonasi dan nada suara apabila membaca.

"Ini burung. Twit twit twit."
"Ini kereta. Brum brum brum."

Anda juga boleh menggunakan Bahasa Inggeris untuk menamakan objek dalam buku bergambar dengan cara dan gaya yang sama.

"This is a bird. A bird goes tweet, tweet, tweet."
"This is a car. A car goes broom, broom, broom."

Buku bergambar kulit keras(hardcover) dengan gambar yang jelas(real pictures) dan berwarna-warni sangat digemari bayi saya. Bayi saya juga gemar membaca buku 'touch & feel' (texture books) kerana terdapat pelbagai tekstur untuk disentuh sambil buku itu dibaca.

11. Membaca Buku Cerita
Saya juga akan membaca kepadanya buku cerita yang saya bacakan semasa bayi dalam kandungan seperti Siri Buku 'Allah Makes..'. Saya rasa bayi lebih tenang dan tekun mendengar bacaan saya.

Membaca buku seawal bayi berumur 3 bulan akan menanam rasa cinta kepada buku dan mengeratkan hubungan saya dan bayi. Aktiviti ini juga merangsang perkembangan bahasa(linguistic intelligence) bayi saya. Lagi pun, pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak, mengaitkan aktiviti ini sebagai aktiviti awal literasi.

Tapi jangan lupa, sesi bacaan mestilah pendek dan pastikan bayi selesa dan tidak mengantuk!

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails