PROMOSI APE HARI NI.

Tuesday, September 1, 2009

CARA NAK ELAK H1N1



Cara Lain untuk Mengelak daripada Terkena Jangkitan Virus H1N1
Motivasi Ibadah, Terkini

Kita telah pun mendengar, banyak kaedah yang ditunjukkan untuk mencegah wabak penyakit yang sedang menular di negara kita. Malah, bukan hanya satu sahaja penyakit yang menyebabkan kematian sedang dipantau, Malaysia mempunyai lebih kurang 3 wabak yang memerlukan perhatian serius tatkala ini.

Tidak perlu saya sebutkan nama wabak-wabak tersebut. Dan saya yakin, umum telah mengetahui apakah penyakit yang saya maksudkan, dan bagaimana caranya untuk mencegah diri daripada dijangkiti virus-virus tersebut.

Sebagai seorang Islam, saya yakin, senjata terkuat untuk mencegah penyakit ini adalah dengan DOA. Doa adalah ubat yang telah diajarkan oleh Rasulullah saw dan hakikatnya ia adalah penawar yang diberikan oleh Allah swt kepada kita.

Pada hari ini, saya ingin kongsikan satu doa, yang saya peroleh daripada laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Sebahagian daripada doa ini bersumber daripada ayat al-Quran, manakala sebahagian lagi didapati daripada hadis Rasulullah saw.

Ertinya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya akau adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (3 kali)

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada. (3 kali)

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (3 kali)

**Imej doa yang dipaparkan di sebelah kurang lengkap sebenarnya, ada sambungan lagi. Bismillahillaazi laa ya dhurru ma’as mihi syaiun fil ardhi … (sambungannya) wa laa fis samaai wa huas samiiu’l a’liim (3x)

Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab doa, seperti setiap kali selepas solat fardhu atau selepas bacaan yaasin pada waktu pagi.

InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada bala dan melindungi kita daripada terkena penyakit wabak.

Amin..amin..Yaa Rabbal Aalaamin

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails