PROMOSI APE HARI NI.

Tuesday, July 12, 2011

Kaitan Antara Wudhuk Dengan Sains !!!


Assalamualaikum WBT…

Sebagaimana semua Muslim/muslimat sedia maklum bahawa wudhuk merupakan amalan atau ibadah yang sangat penting di dalam Islam di mana ia menjadi syarat utama sebelum melaksanakan solat.Tidak sah solat tanpa wudhuk sebagaimana maksud sebuah hadis yang dirawikan oleh Imam Al-Bazzar berbunyi:

” Tidak ada bahagian dalam Islam untuk orang yang tidak solat.Dan tidak ada solat untuk orang yang tidak berwudhuk.”

Berwudhuk mempuyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Menurut Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man’s General Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State dalam artikel beliau yang bertajuk Muslim Rituals and their Effect on the Person’s Health ( Ibadah Muslim dan Kesannya Terhadap Kesihatan Seseorang ) menyebut bahawa wudhuk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Aktive Spots. Menurut beliau,bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi diransang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan positif terhadap kesihatan seseorang.

Melalui kajian Ilmu Perubatan Cina,badan manusia mempunyai sekitar 700 Kawasan Aktif Biologidan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Daripada 66 ini,61 daripadanya berada di kawasan wudhuk utama orang-orang Islam. Lima lagi berada di kawasan antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwudhuk. Berhubung dengan kawasan khusus ( antara buku lali dan lutut ) ini,Imam Muslim telah meriwayatkan Sabda Nabi SAW bermaksud, ” Sesiapa yang mampu antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya.”

Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kawasan siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu antara buku lali dan lutut. rujuk: Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hasan,Mu’ammal Hamidy,Drs.Imron Am dan Umar Fanany B.A. ( Pustaka Bina Ilmu,Surabaya ). Jesteru berwudhuk di samping merupakan salah satu ibadah dalam Islam,ia juga mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.

Dr. Magomed Magomedov juga berkata,apabila seseorang menyentuh mukanya semasa mengambilwudhuk,ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru ( recharge ) kepada organ-organ seperti usus,perut,pundi kencing,sistem peranakan serta saraf. Apabila kaki kanan dibasuh dan digosok,iamerangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang,usus,pankreas,hempedu,tiriod dan kawasan pinggang. Apabila kaki kiri dibasuh dan digosok,saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Selain itu menurut Mukhtar Salem,di dalam buku beliau bertajuk Prayers : A Sport For The Soul And Body,berwudhuk mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini disebabkan,mengikut kajian semasa,salah satu punca kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan badan melalui wudhuk membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.,

Berkenaan memasukkan air ke dalam hidung semasa berwudhuk,berdasarkan suatu kajian yang dibuat oleh para doktor dari University Alexandria,perbuatan mencuci rongga hidung daripada kuman kotoran yang melekat pada bulu hidung. Hal ini dilaporkan oleh Lamya Taufik dalam The Preventive and Healing Wonders of Ablution di IslamOnline.net bertarikh 30 April.2003.

Di samping itu juga, perbuatan berkumur semasa wudhuk membesihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi ditambah dengan galakan Nabi SAW supaya setiap Muslim bersiwak ( menggosok gigi ) semasa berwudhuk. Berhubung ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Jika tidak menyusahkan ummatku,akan aku suruh mereka berwudhuk setiap kali mereka hendak solat dan akan aku suruh mereka bersiwak ketika berwudhuk.” ( Riwayat Imam Ahmad )

Wudhuk dan Membasuh Tangan

Secara umumnya,umat Islam berwudhuk paling kurang sebanyak lima kali sehari sebelum melaksanakan solat fardhu. Selain itu ummat Islam digalakkan berwudhuk sebelum tidur ( mengikut riwayat Imam Ahmad dan Imam Bukhari ),selepas bersetubuh dan sebelum mandi wajib ( mengikut Imam Bukhari dan Imam Muslim ),semasa hendak menjamah makananan selepas mengadakan hubungan seks ( riwayat Ahmad dan Muslim ) dan yang seumpanya. Antara perbuatan yang berulang-ulang ketika berwudhuk ialah membasuh tangan. Mengikut kajian yang dilakukan ke atas 305 pelajar sekolah di Detroit,kanak-kanak yang membasuh tangannya sebanyak empat kali sehari kurang mengambil cuti sakit disebabkan sakit perut dan kurang mengambil cuti sakit disebabkan penyakit saluran pernafasan,berbanding rakan-rakan mereka yang kurang membasuh tangan. hal ini dilaporkan oleh Online Wellness Center,Vanderbilt University,Tennessee,di vanderbiltowc.wellsource.com.

Tabiat kerap membasuh tangan secara sempurna mampu menyelamatkan lebih kurang satu juta nyawa kanak-kanak di bawah lima tahun terutamanya di negara-negara miskin. Hal ini disebabkan terdapat dua jenis penyakit yang kerap membunuh kanak-kanak iaitu cirit-birit dan radang paru-paru. Membasuh tangan dapat mencegah penyakit ini daripada merebak. Hal ini disebutkan di Medical News Today ( online ) di bawah tajuk Handwashing Could Save One Million Children’s Lives Each Yearbertarikh 11 Jun 2004.

Jesteru benarlah bahawa berwudhuk adalah sangat relevan dengan kehidupan manusia pada hari ini bahkan sentiasa relevan sehingga hari Kiamat. Maka bagi insan Muslim,perelokkanlah wudhukmu…Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat daripadanya dengan izin Allah Taala…Wallahua’lam….

rujukan : Quran Saintifik

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails