PROMOSI APE HARI NI.

Tuesday, January 7, 2014

SAMSUNG GALAXY S4 DAN NOTE 3 AKAN MENERIMA ANDROID 4.4 KIT KAT AWAL JANUARI 2014

Penyedia rangkaian terkemuka Perancis, SFR telah mengeluarkan satu maklumat bahawa kemaskini Android 4.4 KitKat untuk telefon pintar utama Samsung tahun ini iaitu Samsung Galaxy S4 dan phablet Samsung Galaxy Note 3 akan mula diedarkan tidak lama lagi. Sebelum ini, SFR juga telah mengumumkan mengenai kemaskin Android 4.3 Jelly Bean untuk Galaxy S4 dan S III yang mana ianya sudah ditawarkan sekarang.

Walaubagaimanapun, Samsung yang merupakan pengeluar telefon pintar ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kemaskini Android 4. 4 KitKat yang telah dilancarkan awal bulan lalu bersama-sama Google Nexus 5. Selain itu, SFR berkata bahawa kemaskini ke sistem operasi Android yang terbaru ini akan hadir pada hujung bulan Januari atau awal bulan Februrari tahun depan dan penawaran global kemaskini KitKat juga akan ditawarkan didalam masa yang serentak.

Setakat ini, Galaxy S4 Edisi Google Play telah mendapat Android KitKat 4.2.2 namun sistem operasi pada telefon pintar ini tidak memerlukan banyak perubahan memandangkan ianya beroperasi menggunakan Android yang asli tanpa sebarang perubahan dan tiada penambahan UI khas.


Pengeluar telefon pintar lain seperti LG telah mula menawarkan kemaskin KitKat kepada peranti mereka dengan G2 menjadi yang pertama manakala syarikat lain seperti Sony telah secara rasminya mengesahkan bahawa telefon pintar mereka akan menerima versi terbaru Android ini namun tiada sebarang tarikh dikeluarkan

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails