PROMOSI APE HARI NI.

Monday, April 7, 2014

MINDA JUTAWAN





Sebagaimana kita di tanamkan sejak kecil lagi..dah besar nanti nak kerja apa ? Anak anak akan memberi pelbagai contoh contoh pekerjaan yang mereka lihat di sekeliling mereka.
Belajar Rajin Rajin dapat keputusan bagus ..masuk Universiti ..Graduate dan cari kerja yang ada Jaminan pendapatan EPF Socso dan Pencen. Dalam dunia moden yang semakin berubah Struktur Ekonomi dan Pentadbiran sudah tiada lagi Jaminan Kerja. Sebuah Syarikat Public Listed pun bila bila akan di ambil alih oleh orang perseorangan atau mana mana Koperat.

Mereka belum tentu akan menyambung pekerjaan Staf Staf yang sudah lama dan bergaji besar yang membebankan Syarikat. Tidak Mustahil ada antara Direktor sendiri yang membuat pengambilalihan Syarikat tersebut melalui Proksi. Untuk memberi atau membuang Staf Senior amat membebankan seperti VSS dan lain lain Remuneration yang kena di beri jika membuang mereka. Cara terbaik ialah membuat pengambilahan Koperat dan menstruktur semula... Pada ketika ini pembuangan Pekerja secara besar besaran akan berlaku. Di Malaysia ada ketikanya Kerajaan terpaksa masuk campur..tapi sampai bila...? Apabila sesebuah Syarikat di apungkan di Bursa Saham maka terdedah kepada Pemilikan Luar... Pemilik baru dari Luar biasanya mereka sudah ada Key Personnel untuk mentadbir urus bagi pihak mereka sebagai pemegang saham terbesar.

Seorang Jurutera Kanan berpengalaman 15 tahun mungkin berpendapatan termasuk Elaun dan Bonus ialah Rm 20,000 sebulan... Sedangkan pasaran kerja dari limpahan Graduate semakin ramai...Jika ada 5 Jurutera kanan maka adalah lebih ekonomi untuk Syarikat memberhentikan 3-4 Jururtera kanan tersebut dan mengambil 8 Jurutera baru untuk di latih oleh Jurutera Kanan yang tinggal. Seorang Jurutera baru mendapat antara Rm 2,500 - Rm 4,000 sebulan. Sesuai dengan budget yg dapat di selamatkan dari pemberhentian 4 Jurutera kanan berpendapatan Rm 20,000 yakni Rm 80,000 sebulan mereka dapat mengambil 10 jurutera pada Gaji Rm 3,000 yang hanya menelan belanja Rm 30,000 sahaja sebulan...Penjimatan Kos sebanyak 50,000 sebulan tak termasuk Bonus tahunan. Jutaan Ringgit dapat di selamatkan. Ini menerangkan kenapa ada Buy Over Company katakan saham ketika itu Rm 3 seunit namun di beli pada kadar Rm 4 seunit.

Bila New Investor meletak orang mereka yang memang dah biasa mengambil alih Syarikat tersenarai maka Penjimatan KOS dapat memberi mereka Pulangan pada kadar segera Pelaburan mereka. Ini Banyak terjadi di Amerika dan Negara Eropah.

Banyak kemudahan Staf di kurangkan seperti Elaun Sara hidup, Elaun Perubatan dll. Petronas yang besar pun sudah lama mengambil pendekatan begini..

Itu baru bahagian Kejuruteraan tertentu sahaja...Untuk sebuah Syarikat Multinasional tentu banyak bahagaian Kejuruteraan, Surveyor, Geologis, Kimia, Sivil, Mekanikal, Akauntan, Guaman, HR dll.

Ia bukan tertakluk pada Pekerjaan Bertaraf Tinggi sahaja... Mereka yang bekerja sebagai Operator pun jika melebihi 10 tahun dan gaji mereka melebihi Rm 2,000 sebulan pun terdedah pada VSS dan Majikan lebih rela mengambil pekerja asing yang di bayar Rm 500 sebulan walaupun Kos permulaan seperti Levi dan Urusan Tambang mereka agak tinggi. Namun ia berbaloi kerana dalam setahun mereka dapat balik pelaburan mereka. Lagipun Pekerja Asing dari negara dunia ketiga ini tidak banyak kerenah dari segi Cuti dll.

Ini kaedah mengurangkan Kos Operasi sehingga MINIMUM dan Menaikkan Untung pada tahap MAXIMUM...Para Pengarah Syarikat pun terpaksa menunjukkan SESUATU kepada Pemegang Pemegang Saham jika mahu dilantik semula menjadi Ahli Lembaga Pengarah..Para Pengarah Syarikat pun tidak selamat jika mereka gagal membawa keuntungan Maximum pada Pelabur. Do or Die Mission .

Ia bermaksud di dunia Koperat sekarang dari Operator, Supervisor, Pengurusan Bawah, Sederhana, Tinggi dan Ahli lembaga Pengarah pun Tiada Jaminan Pendapatan !

Maka tiada Pekerjaan Tetap dan Selamat atau " Jaminan Pendapatan " sebenarnya di Dunia Moden ini. Bahkan Negara Jepun pun sudah mula memilih kaedah Orientalis dalam mengaut Untung Maximum dan Kos paling Minimum. Kesetiaan pada Syarikat bukan lagi menjadi Kriteria Utama untuk bertahan !

Tiada lagi Istilah Permanent Staf atau Contract Staf... Pada DEN elok le amik kerja sebagai Contract Staf yang biasanya menawarkan Gaji yang lebih dari permannet Staf. Lebihan Gaji itu sebaiknya kita jadikan Modal untuk mencapai KEBEBASAN KEWANGAN.

Dalam buku BERANI ada lebih kurang diceritakan..Anda bergaji Rm 1,000...Kerja selama 22 hari sebanyak 8 jam sehari...Maka 1,000/22/8 = Rm 5.70 sejam... Penulis buku tersebut membuat satu soalan yang pada DEN mulanya seolah olah Menghina tetapi ianya benar... Ini soalannya yang membuat DEN terpukul habis di tahun 1988 dahulu ( Gaji DEN dalam lingkungan itu le )... Apakah harga anda semurah Ikan Kembung sekilo ? Apakah semurah itu anda menjual tenaga dan fikiran anda ? Apakah ANDA BERANI merubah HIDUP ANDA ?
So Berfikirlah dan Bertindak !






0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails