PROMOSI APE HARI NI.

Thursday, February 19, 2009

Disiplin Dalam Kehidupan Peribadi

Disiplin adalah kepatuhan untuk menghormati dan melaksanakan suatu sistem yang mengharuskan orang untuk tunduk kepada keputusan, perintah dan peraturan yang berlaku. Dengan kata lain, disiplin adalah sikap mentaati peraturan dan ketentuan yang telah ditetapkan tanpa alasan.

Dalam ajaran, Islam banyak ayat Al Qur’an dan Hadist, yang memerintahkan disiplin dalam erti ketaatan pada peraturan yang telah ditetapkan, antara lain Surah An Nisa ayat 59, yang ertinya :

"Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul-Nya dan kepada Ulil Amri dari (kalangan) kamu”

.(An Nisa 59)

Disiplin adalah kunci kejayaan, sebab dalam disiplin akan tumbuh sifat yang teguh dalam memegang prinsip, tekun dalam usaha, pantang mundur dalam kebenaran, dan rela berkorban untuk kepentingan agama dan jauh dari sifat putus asa.

Perlu kita sedari bahawa betapa pentingnya disiplin dan betapa besar pengaruh kedisiplinan dalam kehidupan, baik dalam kehidupan peribadi, dalam kehidupan masyarakat mahu pun dalam kehidupan bangsa dan negara.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails