PROMOSI APE HARI NI.

Saturday, January 29, 2011

PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera


PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera

Pelaburan minimum RM500 dengan saiz 1 bilion unit

PELABURAN Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah
Bumiputera melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera
(AHB) yang membolehkan pelabur Bumiputera melabur dalam hartanah
utama dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB, Kamalul Arifin Othman, berkata
dana AHB dengan saiz 1 bilion unit itu bertujuan memberikan peluang
kepada Bumiputera meningkatkan pegangan dalam hartanah komersial
di lokasi strategik dalam negara yang hanya membabitkan pendapatan
yang terbit daripada pelaburan hartanah yang mematuhi Syariah.
“AHB dijangka mampu menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam
peratus setahun”
Kamalul Arifin Othman
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB

Beliau berkata, AHB akan memberi tumpuan utama kepada pelaburan
dalam hartanah yang memberi pendapatan stabil dan kadar hasil yang
bertambah.

“Kami menjangkakan AHB mampu menawarkan pulangan sekurang-
kurangnya enam peratus setahun berdasarkan nilai pulangan pelaburan
hartanah komersial di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur yang kami
jadikan penanda aras,” katanya kepada pemberita pada majlis
pelancaran AHB di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran AHB di sempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Skim AHB diumumkan oleh Najib yang juga Menteri Kewangan ketika
pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini bagi memberi peluang kepada
golongan Bumiputera meningkatkan lagi penyertaan mereka dalam
hartanah komersial di lokasi strategik dalam negara.
PHB ditubuhkan pada Mei 2006 adalah cabang operasi Yayasan Amanah
Hartanah Bumiputera yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pegangan
pelaburan.

Matlamat PHB adalah mengekalkan pertumbuhan jangka panjang
menerusi pengurusan, pelaburan dan perluasan perniagaan
teras syarikat dalam sektor pelaburan hartanah komersial utama.

Unit AHB ditawarkan dan diurusniagakan pada harga tetap RM1 seunit.
Ia boleh dilanggan di semua cawangan Maybank seluruh negara dengan
jumlah pelaburan maksimum dibenarkan sebanyak RM200,000.

Pelaburan AHB terbuka kepada rakyat Bumiputera Malaysia berumur
tiga bulan ke atas dengan syarat pelabur di bawah 18 tahun perlukan
penanda tangan penjaga sah rakyat Malaysia.

Kamalul Arifin berkata, PHB ketika ini memiliki tujuh bangunan
dengan lima daripadanya disenaraikan dalam pelaburan AHB
termasuk CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya,
Wisma Consplant di Subang Jaya dan Tesco Setia Alam dan Kompleks
Industri Shah Alam.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails