PROMOSI APE HARI NI.

Tuesday, March 1, 2016

BAPA BERI GANJA 3 KALI SEHARI PADA ANAK

Ampang: “Ganja sangat memberi manfaat terutama kepada remaja. Ia dapat membantu menghubung sel-sel otak dan membuatkan mereka lebih cerdik.”

Demikian dakwaan seorang bapa yang cuba mempertahankan tindakannya ketika ditahan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang dalam operasi bersepadu bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Lebih mengejutkan apabila tanpa rasa bersalah, lelaki berusia 54 tahun itu mengaku memberikan ganja kepada anaknya tiga kali sehari.

Difahamkan, lelaki itu turut menceraikan isterinya selepas mereka tidak sehaluan dalam pendapatnya mengenai kebaikan penggunaan ganja.

Menurut bapa kepada empat anak itu, dia tidak kisah mengambil ganja bersama-sama anaknya kerana ia memberi manfaat kepada mereka.

Dia yang mengaku pernah memiliki syarikat pakar perunding motivasi memberitahu sudah menghisap ganja sejak 30 tahun lalu.

“Anak saya sukar belajar dan mengalami kemurungan sekiranya tidak mengambil ganja.

“Ganja adalah satu tumbuhan yang baik kepada manusia, mengapa perlu dihalang?” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, suspek ditahan bersama anaknya dalam serbuan di sebuah padang taman permainan di Taman Dagang, di sini.

Katanya, lelaki itu yang bekerja sebagai penjual sate mengaku memberikan dadah kepada anaknya sejak belajar di sekolah menengah.

“Dia mengaku mengambil ganja enam kali sehari dan sering menghisap dadah bersama anaknya yang kini mempunyai diploma.

“Dia mengaku rumah tangganya hancur kerana isterinya tidak bersetuju dengan tindakannya,” katanya.

Katanya, mereka dihantar menjalani rawatan pemulihan di institusi pemulihan AADK.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119205....KKVwaE3F.dpuf

1 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails