PROMOSI APE HARI NI.

Tuesday, February 22, 2011

HUTANG

Entry kali ni saya rasa ramai yang terkejut ..mungkin ada yang nak pitam , geram, marah, benci, suka dan berbagai lagi igauan yang dapat di tafsirkan tentang hutang.

Hutang pada saya terbahagi kepada 2

1-Hutang Budi

2-Hutang Duit.

Kalau hutang budi ramai yang tersenyum dan terkenang kisah lama yang baik atau buruk yang telah dilakukan sepanjang hayat hidup .Budi yang baik kebiasaannya selalu di balas baik dan kalau ada budi yang tak beberapa baik tu kalau boleh elak-elakkan membalasnya dengan perkara yang buruk kerana setiap perkara yang kita lakukan atas dunia semuanya akan mendapat pembalasan samaada kita sedar atau tidak pembalasan tersebut untuk di fikirkan dengan sebaiknya.

Kalau hutang yang melibatkan duit selalu kita pening, macam -macam yang bermain dalam kepala kita .Mungkin ada yang berhutang dengan kita atau sebaliknya bersedialah melangsaikan hutang-hutang tersebut kerana hutang tetap menjadi hutang tidak bertukar status hutang kepada hadiah kecuali si pemberi hutang menghalalkan semua hutang yang diberikanya itu.

Manusia yang berhutang adalah normal kerana tanpa hutang pusingan duit dalam dunia perniagaan tidak akan berlaku.. peratusan orang yang berhutang di Malaysia ini adalah tinggi kalau nak tahu stastik terkini mengenai hutang bolehlah mencari di google .

Sebagai manusia yang telah di kurniakan dengan akal fikiran yang waras berhati-hatilah dalam mengambil hutang terutama daripada along.Begitulah hutang dengan kita semoga anda dapat hidup sejahtera tanpa hutang.

1 comments:

KUREKURE COMEL said...

hutang duit blh bayar....hutang budi..org tuntut smpai ke kubur...huhuhu

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails