PROMOSI APE HARI NI.

Friday, February 25, 2011

TRAGEDI HARI JUMAAT



Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor.

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar…

pukul 08:00 pagi..

08:30 pagi …

08:49 pagi …

sehingga jam 9.00 pagi…

Tiba-tiba……

Pintu bilik ICU terbuka….

Masuklah Makcik Timah seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk lalu mendekati katil keramat tersebut….

Dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuanpernafasan agar dapat menghidupkan vacuum cleanernya….

p/s – Hari ini hari malam Jumaat Khamis – Makcik cleaner cuti…..jangan risau.

4 comments:

KUREKURE COMEL said...

hahahaha...sengal...aduhhh..makcik cleaner tu...awat pegi cabut plug...hehehe

irwanmiswan said...

keh3...aduhaiii.....sume patient mati maaaa...makcik2....jangan usik barang2 spital makcik oiiiiii....


honda wave autoshow

nsms said...

buat suspens jer.. ahahaha..

Abu Huzaifah said...

haha...makcik2...

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails