PROMOSI APE HARI NI.

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU


Assalamualaikum dan salamsejahtera..salam satu malaysia

Selamat hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang telah mengandungkan anak-anak kesayanganya selama sembilan bulan sehingga melahirkan insan yang terbaik semoga kita semua mengingati pengorbanan yang telah di lakukan oleh ibu kita.

Tidak kisahlah ibu tersebut ibu angkat ke atau ibu tumpang ke semuanya layak bergelar seorang ibu semuanya telah banyak membuat pengobanan.Pada yang telah kehilangan ibu ingatilah mereka pada setiap kali lepas solat dengan doa semoga sentiasa tenang di alam sana.

Bagi yang masih lagi mempunyai ibu ada yang masih muda atau tua tidak kisahlah kalau ada kesilapan , kesalahan atau mungkin telah lama menjauhkan diri dari mereka , pulanglah kembalilah ,baliklah sementara nyawa mereka masih ada mengalahlah pada orang tua kita mungkin kita rasa diri kita betul tidak melakukan kesalahan tetapi kita harus ingat ibubapa kita sangat sayang pada kita.Satu perkara yang harus kita ingat bahawa seorang ibu boleh membela dengan 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga 1 orang ibu fikir2 kanlah.

wasalam.

kenangan anakku (Darjah 4)
Disini saya tuliskan balik surat ucapan dari anak perempuan sulongku kepada ibunya..

Assalamualaikum..... Kepada ibuku yang tersayang. Terima kasih Ibu kerana telah menjagaku dari kecil hingga besar.Terima kasih kerana membelaiku dengan manja. Ibu engkau telah menjaga makan minumku dan pakaianku Ibu beli,basuh, jemur, dan kau jaga bajuku tidak bagi kotor, terkoyak dan banyak lagi. Ibu engkaulah satu dalam seribu. Kalaulah engkau tiada disisiku, siapalah aku. Ibu engkau bagaikan cahaya menyuluh kegelapan .Ibu engkaulah ratu yang paling cantik, baik dan lemah lembut. Tiada sesiapa yang dapat mengalahkan kecantikanmu, lemah lembutmu dan kebaikan mu. Yang Benar Farah.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails