PROMOSI APE HARI NI.

Thursday, June 23, 2011

7 LANGKAH UBAH GAYA KEDIAMAN


Menjadikan kediaman sebagai satu aset yang bernilai tinggi bukanlah suatu yang mudah. Kediaman yang menarik bukan hanya terletak pada perabot yang mewah tapi ia lebih daripada itu. Semua itu memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi dari penghuninya. Bagi mereka yang mementingkan gaya kediaman yang mengikut peredaran zaman, pasti tercari-cari idea untuk diaplikasikan di kediaman masing. Di bawah dikongsikan beberapa langkah mengubah gaya kediaman anda agak nampak menarik dan mampu memenuhi citarasa anda.

1.Tentukan gaya yang diingini.
Kebanyakkan kita sememangnya peka terhadap kepentingan dalam memilih gaya hiasan rumah tetapi kurang bijak mengadun gaya sehingga kediaman kelihatan jangkal. Bagi anda yang menggemari gaya klasik dengan penggunaan perabot jati misalnya, perlulah bijak memilih konsep, susun atur, aksesori dan warna mengikut gaya yang diingini.


2.Paduan warna

Dalam memilih warna dinding, kebiasaannya kita akan memilih warna berdasarkan warna kegemaran. Namun, anda perlulah bijak mengenalpasti warna yang sesuai mengikut gaya dan suasana kediaman anda. Perhatikan keseluruhan rumah anda sebelum memilih warna yang sesuai. Jika hampir keseluruhan barangan rumah anda berwarna lembut, anda bolehlah memilih cat dinding rona gelap bagi mengimbangi ruang kediaman anda.

3.Penumpuan feature wall
Penggunaan feature wall atau titik tumpu penting untuk memberi visual luas pada ruang kediaman terutamanya kediaman bersifat manimalis. Titik tumpu bagi sesuatu ruang kediaman mungkin terletak pada dinding atau aksesori hiasan. Sekiranya anda memiliki ruang tamu yang sempit, elakkan daripada menggunakan warna gelap pada dinding atau menggangtung aksesori terlalu sarat. Sebaliknya, pilihlah warna yang bersifat natural agak ruang nampak lebih luas.

4.Pencahayaan keseluruhan ruang
Pastikan ruang kediaman anda mendapat sumber pencahayaan yang mencukupi bagi mengelak ruang kelihatan suram dan tidak bermaya. Sekiranya kediaman anda terlindung daripada sumber cahaya, pilihan warna yang lembut adalah tepat. Begitu juga dengan penggunaan lampu. Kebijaksanaan anda memilih lampu yang bersesuaian juga penting seperti lampu dari jenis warmlight, kerana ia akan menghasilkan kesan visual yang lebih cangtik dan membentuk bayang lembut.


5.Penggunaan
soft furnishing
Soft furnishing atau penggunaan kemasan merupakan penyelamat kepada kediaman kerana ia mampu melembutkan gaya susunan dekorasi kediaman anda. Kebiasaannya, ia lebih tertumpu pada pemilihan langsir, permaidani atau kusyen. Namun, bagii mengelakkan kediaman kelihatan membosankan, elakkan penggunaan warna yang senada atau corak yang sama terlalu banyak.

6.Sentuhan akhir
Kediaman yang indah dan mendamaikan adalah terhasil daripada kediaman yang sentiasa bersih dan harum. Sebagai sentuhan akhir, letakkan pewangi pada ruang kediaman bagi mewujudkan sebuah kediaman yang bukan sahaja harmoni malahan mampu mampu memberi ketenangan jiwa kepada penghuninya.


0 comments:

Post a Comment

ShareThis

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails