Rasanye sudah melebihi sebulan sya tidak menjamah biji keybord ni.. last di tekan pada 12 .7.2011 entri terakhir saya .. di kesempatan bulan ramadhan yang masih ada lagi dan jatuh hari yang ke 16 ni saya ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam tidak kira di mana jua berada semoga dapat menjalankan ibadat puasa dengan sebaiknya.Ramadhan banyak menguji kita dalam menempuhi kehidupan seharian pada yang selalu ponteng puasa tu ingatlah hari ini orang x nampak tapi di akhirat kelak terimalah balasanya.
Sebelum saya mengundurkan diri terimalah sedikit juadah ilmu untuk di kongsi bersama , ramai antara kita menjalankan ibadah di bulan Ramadhan ini secara tradisi atau ikut-ikutan, di sini ada beberapa kesilapan di dalam beramal yang sering kita lakukan antaranya:-
1) Menunaikan solat terawih secara tergesa-gesa. Pesanan ini khusus buat para imam, mereka tidak memahami definisi solat terawih itu sendiri yang bermaksud rehat. Apakah dengan membaca surah Al Fatihah dalam senafas dan tergesa-gesa boleh dikatakan rehat? Apakah ertinya solat terawih 20 rakaat sekalipun sekiranya sunnah yang sebenar tidak di patuhi.
2) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).
3) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.)Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
4) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yang amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang.
Ruangan: Pengajaran Hadis oleh Abu Abdullah
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW." (Imam Malik)
0 comments:
Post a Comment